Friday, June 22, 2007

Kampung girl ;)

it has always been a pleasure.


abah ada sawah padi, kebun buah-buahan dan kolam ikan. cukup lengkap utk projek lepas bersara dia..

kalau kecil2 dulu aku suka pegi kebun sebab boleh mandi sungai, sekarang aku looking forward untuk pegi kolam ikan pulak. nak memancingla kononnyee, padahal dah sah2 kolam tu penuh dengan ikan nak mancing apenye. kira kalau letak joran yang ada umpan tuh, mesti dapat punyelahh. sombong sangatla ikan tuh kalau tanak makan kan? heheh..

aku rasa experience memancing tuh sgt best. mane taknye, letak2 je dapat ikan. letak2 je dapat ikan. fuhh, puas hati!! (ngelat tak hengat..;p)


harituh, kosong rumah sebab semua org pegi kolam ikan. bawak bekal kalah orang nak pergi buat kerja.eheh. sebab 3 beradik berkumpul, terjadilah pertandingan siapa tangkap ikan paling best..

adik dengan ikan patin-nye
adik memang hebat! (sila kenalpasti nada jealous di situ ok!)..dia asal letak je kat kolam ikan patin mesti dapat..gebu2 pulak tuh..humpphhh *arms crossed*

kak dengan ikan patin-nya juga
kak pulak tak acilaaa, ada abg K utk tolong dia..syiok aaa macam tuh.pbbhttt!

aku? eheh eheh *tersipu2 malu* malulahh nak tunjuk..


alahaii tilapia-ku
arghhh, IKAN JAHATTTT!! nasib baik ko comel ikan, kalu tak dah lama aku buang balik dalam kolam ituu..

tak tertepis segala kutukan lepas tuh *rolled eyes*. aku rasakannn, ikan2 sakit hati tengok selipar aku ni..korang rasa?




tapi lepas tuh, semua orang bersuka ria dengan
ikan tilapia bakar
siap untuk dimakan

dan air kelapa muda

hiks, tertidur pulassss..

No comments: