Pesan Rasulullah: ‘Jangan putus asa berdoa’
DARIPADA Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda bermaksud:”Allah sentiasa memperkenankan doa seseorang hamba selama doa itu tidak mengandungi (perkara) dosa, (perkara yang) memutuskan silaturahim dan selama tidak meminta supaya cepat-cepat diperkenankan.”
Lalu Baginda ditanya oleh seseorang: “Apa maksudnya meminta dicepatkan?” Jawab Baginda: “Umpamanya seseorang itu berkata dalam doanya:”Aku berdoa, aku berdoa tetapi aku belum melihat doaku diperkenankan. Lalu aku putus asa dan berhenti berdoa.” (Hadis riwayat Muslim)
-Ber!ta Har!an-
No comments:
Post a Comment